Monday, November 06, 2006, 3:57 PM
Assalamualaikum,
APA TELAH JADIK
KUALA LUMPUR 5 Okt. – Penyanyi popular, Nurul hari ini mengakui dia dan suaminya komposer, Ajai sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak Ogos lalu.
“Kami memang tidak tinggal serumah sejak dua bulan lalu. Tetapi sempena bulan mulia ini, Nurul kadangkala balik juga ke rumah untuk berbuka bersama Ajai dan anak kami,” akui Nurul ketika ditemui selepas rakaman program Mentor Raya, di Plaza Alam Sentral, Shah Alam dekat sini.
Ditanya punca pergolakan rumah tangga mereka, Nurul yang popular dengan lagu duet bersama Ajai seperti Aku Cinta Aku Rindu, Keliru dan Serasi Bersama, enggan memberi jawapan sebenar.
Penyanyi hitam manis itu hanya berkata: “Bagi Nurul adalah menjadi kewajipan seorang isteri menjaga air muka suami. Jadi, tidak perlulah Nurul menceritakan secara terperinci.
“Bagaimanapun ini melibatkan hati dan perasaan. Ajai masih sayangkan rumah tangga kami. Dia minta Nurul beri peluang terakhir. Nurul pula sedang melawan perasaan kenapa tidak boleh terima dia balik.”
Namun, Nurul atau nama sebenarnya Nurul Huda Abdul Wahab tidak menafikan kewujudan orang ketiga menjadi salah satu faktor menyumbang kepada pergolakan rumah tangga mereka.
“Kehadiran orang ketiga hanya 30 peratus menjadi punca keretakan rumah tangga kami,” ujarnya sambil menitiskan air mata.
Setelah 10 tahun melayari hidup sebagai suami isteri, Nurul berpendapat mereka mungkin hanya serasi sebagai kawan baik.
Ajai, 31, dan Nurul, 29, yang terkenal sebagai pasangan romantis, mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 1996 dan memiliki dua anak iaitu Ayu Nazirah,10 dan Muhd. Fairul Ihsan, 8 bulan. Kedua-dua anak mereka kini di bawah jagaan Ajai.
Sementara itu, Ajai ketika dihubungi mengakui sedang berusaha keras untuk menyelamatkan rumah tangganya.
Utusan 28 Okt 2006
Ajai bawa anak jumpa Nurul Riuh berdentum orang bercakap soal rumah tangganya berantakan, komposer Ajai diam-diam saja. Dia tetap buat kerja macam biasa.
Kalau bertemu dengan rakan-rakan media pun Ajai masih lagi boleh kawal perasaan. Tabik Ajai. Bagi Ajai, dia tidak berminat untuk terlalu terbuka bercerita tentang hal berkenaan.
“Hal rumah tangga buat apa hendak kongsi dengan banyak orang. Yang penting, kami masih lagi suami isteri,’’ kata Ajai kepada seorang kawan Joyah.
Bagaimanapun dia mengakui 1 Syawal baru-baru ini disambut dengan suasana pilu. Ini tentunya ada kaitan dengan masalah keluarga yang sedang dialami bersama isterinya, Nurul.
Raya pertama baru-baru ini, Ajai bersama dua anaknya pulang ke Johor. Sementara raya kedua, Ajai membawa anak-anak bertemu dengan Nurul di Pulau Pinang.
“Nurul masih isteri saya, kami masih lakukan tanggungjawab lain bersama sampai saat ini. Sebab itu saya bawa anak-anak balik ke Pulau Pinang untuk berhari raya bersama mamanya,’’ kata Ajai lagi.
Semoga hasrat Ajai untuk menyatukan keluarga macam dulu akan terhasil sempena hari baik bulan baik ni.
Sebenarnya Joyah ingin sangat melihat baik Nurul atau Ajai berdamai dan melupakan apa juga sengketa di antara mereka. Sama-samalah kita doakan.
METRO 30 OKT 2006
 Soseh-Soseh: Artis tak makan dipujuk
SS terima banyak e-mel dan panggilan telefon daripada pembaca bertanya mengapa sepanjang minggu raya ruangan ini tidak ada. Kata mereka, raya sepi tanpa cerita panas daripada SS.
Kata SS, perkara itu memang disengajakan supaya pembaca setia akhbar ini rindukan SS apabila ruangan ini kembali semula sejak semalam. Untuk tidak menghampakan semua, SS sampaikan cerita panas mengenai artis kita.
Apa yang SS hendak ceritakan ini mengenai kisah pasangan artis popular. SS dapat tahu pasangan ini menghadapi masalah rumah tangga dan mereka cuba mencari jalan penyelesaian dengan keluar rumah. Lebih tepat lagi, mereka kini tinggal berasingan. Kalau sudah begitu jalan yang diambil, rasanya bukan mencari penyelesaian tapi tambah menjauhkan hubungan mereka. Mana tidaknya kalau sudah berjauhan, pandangan mata pun sudah luas macam hidup bujang semula.Dalam hal ini anak-anaklah yang menjadi mangsa. SS dengar khabar daripada teman mengatakan artis ini menyambut Aidilfitri seorang diri di kampung halamannya sedangkan suami dan anak-anak meraikan hari raya di kampungnya.Kata teman SS itu, merajuk benar nampaknya artis itu dengan suaminya hingga sanggup raikan Aidilfitri seorang diri tanpa mereka yang disayangi di sisi.
Entahlah, SS tak tahu nak cakap apa. Biasalah manusia, rambut sama hitam, hati lain-lain. Apapun, kepada artis itu SS harap banyaklah bersabar.
Sempena Aidilfitri yang baru diraikan ini, apa kata bermaaf-maafan dan buang yang keruh, ambil yang jernih. Tiada siapa yang rugi. Lagipun, kasihankan anak-anak. Pasti, perasaan mereka terganggu dan tidak gembira kerana ibu bapa duduk berasingan.
Justeru, SS doakan artis ini dan suaminya bersatu kembali. Bukan apa, sayang rasanya jika rumah tangga yang lama dibina berakhir begitu saja.
P/S apakah yang artis yang dimaksudkan itu adalah Nurul ???? udah udah la tuhhh. kesihan kat anak2, tunjukkan kita pun ada sifat2 pemaaf! memang mulia sikap seperti itu, bukan semua orang boleh berbuat demikian
BH 1 November 2006
 Lafaz cerai Nurul 8 November PETALING JAYA: Penyanyi Nurul yang memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya, komposer dan penyanyi Ajai di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, difahamkan mendapat sebuah rumah dan hak penjagaan bersama dua anak mereka.
Nurul atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab, 29, juga sudah menyerahkan pegangannya dalam syarikat mereka, Wake The Baby Sdn Bhd kepada Ajai, atau nama sebenar Mohd Faizal Maas, 31. Bagaimanapun, keuntungan syarikat sehingga hujung tahun akan dibahagi sama rata.
Pasangan itu juga membuat perjanjian berhubung nafkah edah dan mutaah, selain harta sepencarian. Difahamkan, mereka menandatangani perjanjian itu di sini, kelmarin.
Bagaimanapun, nilai pembahagian harta sepencarian itu belum diputuskan oleh akauntan dan dijangka diketahui pada 8 November ini. Tarikh itu ditetapkan mahkamah untuk lafaz cerai dan sebutan.
Nurul tiba di Mahkamah Rendah Syariah, jam 2.25 petang, semalam, berpakaian serba hitam dan berselendang hitam serta berkaca mata dengan ditemani kakak angkatnya dan peguam, Sa’adiah Din. Bagaimanapun, Ajai tidak hadir.
Afidavit permohonan cerai setebal 15 muka surat termasuk eksibit dibuat di hadapan Penolong Pendaftar mahkamah, Siti Aminah Hussain bersama wakalah pelantikan peguam.
Nurul dan Ajai terkenal dengan gelaran ‘pasangan romantik’ yang mendirikan rumah tangga sejak 10 tahun lalu, dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung sejak tiga bulan lalu.
Mereka mempunyai seorang anak perempuan Ayu Nazirah, tujuh tahun dan anak angkat, Mohd Fairul Ihsan, 10 bulan.
Ketika ditemui di luar mahkamah, Nurul yang kelihatan tenang enggan memberi sebarang kenyataan sehingga kesnya selesai.
“Saya tidak boleh buat kenyataan sampai kes selesai.
“Saya tak boleh cakap apa-apa. Ajai pun tak ada dengan saya sekarang, jadi anda kena tunggu minggu depan (8 November),” katanya.
p/s akhirnya mereka mahu bercerai jugak ! apa nak buat, jodoh setakat tu saja.
Love yuNz <3
|