Image Hosted by PicturePush - Photo Sharing
'Cause you said, said he was the one
Baby yes you said, said you were in love

Image Hosted by PicturePush - Photo SharingSuriyani Saruwan
Known as yuNz
7th October 88
25 Safar 1409
Libra
Republic Polytechnic
School of Information Technology
Diploma in IT Service Management
Part time Sales Asst. & Tutor
Full time Muay Thai Dreamer


aKHBAR aNAKdAGANG aSRI aLWYN aZHAR aZRI eZZAHaSYRANI fATIN hIDER jULZ LiANAaSHURA mAIMANAH mALINA m.aRIFF m.rOMEO qASSIDI qASSRINA sULZ zULAZMIE
Thursday, June 15, 2006, 1:03 PM

Assalamualaikum,

<|> Text in malay <|>


Assalamualaikum,


Peristiwa semalam mengajar aku erti keikhlasan dalam percintaan. Walaupun tidak ada perkara yang merumitkan, tetapi ia membuatku berfikir. Berfikiran masak-masak. Aku baru sedar yang aku tewas dalam percintaan dan tidak akan menang dalam kekusutan percintaan ini. Aku mengaku yang aku benar-benar menyintainya tetapi siapakah aku di hati si dia. Aku hanya manusia biasa yang mempunyai perasaan yang amat memdalam terhadap si dia. Aku tahu aku tidak mempunyai rupa mahupun ciri-ciri perempuan yang setiap lelaki idamkan.


Aku ingin berjuang dalam peperangan cinta ini hingga si dia berubah hati. Namun, aku tidak dapat mengawal perasaan aku sendiri. Aku mudah cemburu, putus asa, bingit, sedih dan geram, bercampur-baur menjadi satu. Bagaimana aku ingin melafazkan kata cintaku yang ikhlas ini padanya pabila aku tidak tahu akan perasaanku sendiri ?


Andai kata dia adalah lelaki pertama yang aku mengila-gilakan, aku redha. Tetapi mengapa ? Mengapa dia yang diutuskan ? Mengapa bukan Fathani, Hilmi, Saiful, Amin, Asri, Sufiyan dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Tapi mengapa MJ ? Apa ciri-ciri yang dia punyai yang mereka tidak ada ? Mengapa aku masih menyayanginya bila aku sudah tahu yang dia mempunyai hati pada dua wanita bertuah yang dapat memenangi hatinya ? Tambahan pula, dia mempunyai perasaan pada seseorang perempuan di dalam kelas aku sendiri.


Adakalanya, aku menyalahi takdir. Namun, aku cepat-cepat mengucap. Aku teringat akan nasihat arwah nenekku, atuk ngajiku dan juga MJ. Arwah nenekku pernah pesan padaku. Cinta sejati itu akan lahir secara tiba-tiba. Jangan mencari. Biar ia mencari kita. Atuk ngajiku pula, untuk menjadi seorang Islam yang sebenar, kita kena lakukan yang lima dan mempercayai yang enam. Apapun yang berlaku, kita kena rehda akan qadak dan qada' nya. MJ, hahas... Buat menangis kerna seorang lelaki. Merekalah inspirasi hidupku.


Saat ini, aku tidak ingin jatuh cinta pada sesiapa dahulu. Buat masa ini hati aku dikunci dan akan menunggu sesiapa sahaja yang berjaya membuka pintu hatiku.


Sampai disini sahaja aku dapat meluahkan perasaan aku. Insya allah hati aku akan terbuka pada si dia yang pernah aku cintai iaitu MJ. Buat masa ini, biarlah aku mencari erti hidup aku dahulu. Barulah aku akan terbuka hti untuk bercinta. Insya allah.


* Hati ini hancur dan luhur keranamu *


Salam rindu,
yuNz_


Love yuNz <3