Kehidupan.. Drama.. Semuanya sama..
Tuesday, November 29, 2005, 11:29 AM
Assalamualaikum,
Siapa yang percaya bahawa kehidupan kita bagaikan sebuah drama? Mungkin tak semua. Aku pada hakikatnya percaya pada ini semua. Mengapa? Kerana aku mengalaminya sendiri.
Cuba bayangkan akan senario ini:
Kamu adalah satu-satunya waris keluarga yang boleh diharap. Justeru, tanggungjawabmu pun sangat besar. Tidak lama lagi, kamu akan menjejaki alam pekerjaan. Namun, hati kamu tidak begitu senang dengan kesihatan ibumu, yang masih terlentang di hospital. Setiap hari kamu berdoa akan keselamatannya dan juga kesihatannya, agar cepat sembuh. Hatimu risau dengan perangai adikmu yang agak degil itu. Kamu takut jikalau bapa tirimu akan memarahinya tanpa salah dan silap. Pada saat ini, kamu tidak sesiapa untuk mengadu. Kamu merasakan bahawa dunia ini gelap, tanpa sesiapa disekelingimu. Kamu keseorangan, sunyi. Ingin berbicara. Tapi dengan siapa?
Aku bagaikan tidak mampu berdiri di kaki sendiri. Biarlah orang mengatakan bahawa aku ini anak mak. Tapi tanpa mak, siapalah aku? Maklah yang bersusah payah meberanakkan kita, menyusukan kita mahupun melayani karenah kita. Aku ingin mencari tempat untuk berbicara. Tapi di mana? Aku risau jikalau ada apa-apa terjadi pada mama. Ya Allah lindungilah dia.
Love yuNz <3
|