..Haiz..
Friday, September 30, 2005, 7:57 PM
Assalamualaikum,
Ah.. Mengapa aku begitu kejam sekali? Mengapa? Bukan dia ingin meluangkan masa denganmu? Mengapa kau menolaknya? Tidakkah kau rasa bersalah melakukan begitu?
Entah mengapa semenjak kebelakangan ini aku tidak aku? Apa yang merunsing mindaku? Apakah masalahku yang sebenar? Aku tiada jawapan kepada semua soalan itu. Aku sendiri tidak tahu apa yang telah tejadi kepadaku? Adakah aku mengalami tekanan? Atau... Entah.. Aku tidak tahu.
Aku benar-benar bersimpati kepada hamba Allah yang amat aku sayangi, Mr.K. Namun, aku tidak tahu bagaimana aku ingin tujukan kepadanya? Ingin meluahkan isi hatiku? Adakah aku malu? Tidak. Aku bukannya baru mengenalinya. Malah sudah empat tahun lebih aku mengenalinya. Jadi apa masalahku sebenarnya?
Minggu depan dia sudah pun bermula bersekolah. Aku dapat rasakan bahawa hubungan kami semakin renggang. Ya Allah, apa telah terjadi kepadaku? Adakah ini ujian dari-Mu? Aku amat lemah. Lemah untuk menjalani ujian-Mu. Tapi bukankah ini semua dugaan dunia? Kita harus redha dan terima seada-adanya, bukan?
Betapa rindunya aku padanya, tapi... Tapi aku... Aku tidak dapat mencari masa yang sesuai bersamanya. Bersamanya seorang. Adakah aku kejam? Kejam kerana mementingkan diri sendiri?
Seandainya rindu itu menguasai semuanya... Aku terperangkap. Terperangkap dalam alam percintaan. Alam kerinduan. Aku lemah. Lemah dengan kata-kata manismu.
Apakan dayanya sebulan ini amat penting dalam bab-bab hidupku. Aku tidak mampu mengoyak sebarang halaman dalam bab hidupku. Aku ingin meluahkan segalanya dengannya tapi aku tidak mampu berbuat begitu. Aku tidak tahu mengapa. Bukankah dia kekasihku? Dia bukan orang asing bagiku.
Mungkin, aku lebih senang menulis dari berbicara. Tapi aku ada masalah.
Khairul, I harap you faham situasi I. Bukan I sengaja untuk buat you sebegini. Tapi I terpaksa. I harap you faham. I tahu I selalu menghampakan you. I minta maaf banyak-banyak. Mungkin, fikiran I belum terbuka lagi. Malah, fikiran I sentiasa tumpu kepada pelajaran I. I rasa bersalah. I minta maaf. I akan terima apa-apa balasan you ingin berikan. I rela menerimanya seadanya. Walaupun buruk mahupun tidak. I hope you understand. :-)
Love yuNz <3
|