Image Hosted by PicturePush - Photo Sharing
'Cause you said, said he was the one
Baby yes you said, said you were in love

Image Hosted by PicturePush - Photo SharingSuriyani Saruwan
Known as yuNz
7th October 88
25 Safar 1409
Libra
Republic Polytechnic
School of Information Technology
Diploma in IT Service Management
Part time Sales Asst. & Tutor
Full time Muay Thai Dreamer


aKHBAR aNAKdAGANG aSRI aLWYN aZHAR aZRI eZZAHaSYRANI fATIN hIDER jULZ LiANAaSHURA mAIMANAH mALINA m.aRIFF m.rOMEO qASSIDI qASSRINA sULZ zULAZMIE
Petua RumahTangga Bahagia
Friday, July 22, 2005, 3:41 PM

Assalamualaikum,

Petua RumahTangga Bahagia

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa
mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya beradadi rumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemukepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali
kenanganmanis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu
dandua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habisedah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar,seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan
jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjanguntuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diraguikehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya."



Love yuNz <3